Khamis, 25 Jun 2009

Ikan Masak Asam...


Ini menu mkn tengah hari hari ni..puas aku pk nk msk apelh ikan selar ni..g terjah dapo chef hanieliza jap..tengok2 ade resepi ni..apelg,aku pun legolh ikan aku 2..cepat&mudah..resepi ringkas&sedap..dh siap msk ni,jom makannnn...

Resepi aku CP dr dapo chef hanieliza..halal ye kak...

Bahan

  • 2 keping ikan tenggiri[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris

  • 3 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar

Bahan Sos

  • 1 cawan air asam jawa[boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
  • 1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
  • 1 biji tomato buah [belah 4]
  • minyak
  • garam

Cara

  • Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
  • Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
  • Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
  • Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
  • Sedap dimakan ngan nasi putih.

1 ulasan:

  1. tuuu dia ikan msk asam plak...huiiii terliur ni...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails