Isnin, 6 Disember 2010
1 Muharam 1432...
Ahad, 5 Disember 2010
Pizza Tuna...
Rabu, 10 November 2010
Kek Gula Hangus...
Bahan:-
· 1 cawan gula
· 1 cawan air panas
· 1 cawan tepung gandum
· 1 cawan susu pekat manis
· 2 camca teh soda bikarbonat
· 4 biji telor
· 2 camca besar mentega
Cara Membuat:-
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj)
Selasa, 9 November 2010
Yang Lama & Yang Baru...
Bubur Jagung...
Ahad, 7 November 2010
Apam Belang2 @ Warna-warni
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum (2 1/4 cwn)
- 220 gm gula halus - hana kurangkan (1 1/4 cwn)
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Pewarna
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan bancuhan berselang-seli mengikut warna.
- Kukus dlm kukusan yg telah dipanaskn terlebih dahulu selama 20 minit @ hingga masak (api dapo jgn besar sgt ye,nnt apamnye kembang setaman..hehe)
Agar-agar Santan Gula Merah...
- 10g serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula merah
- 1/4 cawan gula putih
- 1150 ml air
- 120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak cap ayam)
- 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
- secubit garam
- 1 helai daun pandan
- Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
- bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
- Kecilkan api
- kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
- Tuang kedalam acuan yang anda suka
- Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!
Sabtu, 6 November 2010
Lamb Chop...
Salam hari Sabtu...menu terlewat..dh 2 hari lepas wat lamb chop ni..baru nilh sempat nk mengn3 knnye...ST aku semenjak 2 menjak ni suke nau mkn lamb chop..slalu g mkn kt food court Tesco..pas2 ade satu mlm 2 aku g mkn kt kedai betul punye wastern food..memang mabeles mknn kt kedai 2,tapi...regenye...walahweii..sesekali blehlh..so,sbgi alternatif utk melayan tekak kambing ST aku 2,die minta aku cube wat sendiri..jd aku pn carilh resepi kt MyResipi..Alhamdulillah aku bertemu ngn resepi yg memang mudah ni..maka,ptg 2,bersilatlh aku ngn kepingan2 daging kambing kt dapo..dan..hasilnye,xmengecewakan..memang sedap...inilh first time aku masak kambing tau...so,ini yg pertama & bukan yg terakhir...tunggulh bile nk kluar lg...hehehe
Bahan-bahan
- 500gm daging slice/2 keping daging
- 2 sudu marjerin/butter
- skit garam
- BHN SOS BLACK PEPPER
- 1/2 sudu black pepper
- 1 sudu mentega
- 1 kuib ayam
- sebatang saderi-dicincang
- sebiji bawang besar- dicincang
- 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
- 2 sudu tepung gandum
- 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
- garam skit
- BHN SAMPINGAN
- kentang goreng
- coslow
- Cara-cara
- Gaulkan daging ngan skit garam then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. n balik2kan.
- Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.
