Ahad, 25 November 2012
Murtabak Biskut...
Kek Marble...
Khamis, 5 Julai 2012
Bahulu Gulung...
- 90g tepung gandum (diayak)
- 3 biji telur A (telur yang segar pada suhu bilik)
- 5 sudu besar gula halus
- 1 sudu kecil esen vanilla / jus lemon
- jem secukupnya (DJ menggunakan filling strawberi)
- sedikit gula halus untuk taburan - boleh skip
Cara-cara
- Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
- Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
- Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dengan cara kaup balik. (kaup tepung dengan perlahan sahaja)
- Tuangkan adunan ke dalam dulang yang telah disediakan. Ratakan.
- Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
- Panaskan jem raspberi sehingga cair.
- Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
- Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
- Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/04/bahulu-gulung.html#ixzz1zjaCfFaT
Under Creative Commons License: Attribution
Sabtu, 25 Februari 2012
Cotton Soft Japanese Cheese Cake...
Bahan A:
§ 250g cream cheese
§ 50g butter
§ 100 ml susu segar (fresh milk)
§ 6 biji kuning telur
§ 1 sdb jus lemon
§ 1/4 sdk garam
§ 60g tepung kek / tepung superfine
§ 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
§ 140g gula (granulated sugar)
§ 6 biji putih telur
§ 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simple jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil. Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
Isnin, 26 September 2011
Kek Puding Karemel...
2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Rabu, 27 Julai 2011
Pizza Tuna Lagi...
- 300 g tepung gandum
- 6 g instat yeast
- 20 g mentega
- 10 g gula halus
- 1 camca teh bread improver (optional)
- 1/4 camca teh garam
- 1 1/2 camca besar madu
- 170 ml air
- Sedikit tepung untuk ditabur
- UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
- UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no 1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.